Anda berminat buat Buku Tamu seperti ini?
Klik disini

27 Maret 2011

Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik




Assalamualaikum,

Syukur dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam.. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.. Para sahabat dan keluarga baginda... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka..

Pendahuluan
Tahun ini kita berada dalam tahun 2011, ini bermakna tahun hadapan kita sudah memasuki tahun 2012. Namun apakah benar kiamat berlaku pada tahun 2012 ? jawapannya tidak, hanya muslim muslimat yang bodoh dan tiada iman sahaja akan percaya mentah-mentah bahawa kiamat berlaku pada tahun 2012.

Namun apakah mesej sebenar yang dibawa melalui tahun 2012 ini ? Mengapakah kita dihebohkan mengenai tahun 2012 terutama melalui filem blockbuster, internet, majalah dan surat khabar... Mengapa tidak tahun 2013 ? 2014 ? 2020 ? Mengapa mesti dipilih tahun 2012 ? seperti ada makna tersirat dan peristiwa besar yang akan berlaku pada tahun tersebut.

Apakah ini perancangan licik dajjal ? atau pada tahun tersebut dajjal akan zahir ke dunia ini ? Jadi dalam posting yang terbaru ini akan saya ungkapkan mengenai "FITNAH 2012 : KONSPIRASI GALAKTIK".. Perlu saya tegaskan bahawa segala maklumat dalam posting ini adalah benar kerana disisipkan beberapa hadis-hadis nabi Muhammad SAW yang sahih, jadi agak sukar untuk kita menolak mentah-mentah segala maklumat dalam posting kali ini.. kerana hanya Al-Quran dan hadis yang menjadi asas kepercayaan kita dalam sesuatu hal mengenai kehidupan kita...

Selain itu, saya sisipkan juga fakta dan kajian saintifik yang dijalankan oleh saintis dan ahli astronomi. Al-Quran, hadis dan sains semuanya saling berkait-rapat, jadi segala maklumat ini agak kukuh dan tidak boleh ditolak sesekali.... jadi fikirkanlah jika anda khalifah yang berilmu..

Jadi saya simpulkan disini bahawa tahun 2012 bukan kehancuran dunia (kiamat),, tetapi bakal berlaku peristiwa yang besar dan dirancang oleh Freemason,, sekutu-sekutu dajjal laknatullah...

Sejarah : Dari mana ia bermula ??

Jadi dari manakah segala-galanya bermula ? dari manakah datangnya angka 2012 atau lebih tepat lagi 21/12/12 ? Semuanya telah termaktub sejak 2600 tahun sebelum masihi lagi. Ketika itu Tamadun Mayan telah diasaskan di Mexico.. Tamadun kaum Mayan pada asalnya merupakan kaum etnik atau kaum orang peribumi, namun mereka mencapai zaman kegemilangan mereka selepas seorang "dukun agung" mereka memerintah kerajaan Mayan.

Sejak dukun agung mereka memerintah, mereka mencapai zaman kegemilangan sains dan teknologi yang tinggi malah saintis hari ini berpendapat bahawa zaman mereka lebih maju daripada zaman moden hari ini.. Menurut saintis lagi, bagaimana kaum Mayan boleh mengira bilangan hari dalam setahun di planet Zuhrah sedangkan pada masa itu tiada lagi teknologi teleskop... untuk mengira bilangan hari di sesuatu planet, memerlukan teleskop yang canggih seperti hari ini. Inilah yang menjadi persoalan mengenai teknologi apa yang digunakan oleh mereka suatu ketika dahulu.


Dan mereka juga sudah bijak menggunakan masa dan mencipta kalendar sendiri. Mereka sangat maju bukan sahaja dalam bidang astronomi, malah matematik, kejuruteraan, sains dan pelbagai bidang sains yang lain. Malah, satu lagi hal yang penting, iaitu kaum Mayan teramat bijak memanfaatkan konsep masa... Mereka begitu arif mengenai konsep masa. Sehingga mampu meramal tarikh akhir zaman....
Satu artifak telah dijumpai oleh ahli arkeologi ketika mengadakan kerja-kerja di kerajaan Tamadun Mayan... Apabila tafsiran dibuat, sebenarnya maksud disebalik simbol-simbol ini adalah berkenaan "masa". Kaum Mayan mempunyai kemahiran dalam mencipta kalendar, kalendar "Long Count" apabila kita ringkaskan dan permudahkan, maka ianya akan dilihat seperti jadual di bawah ini :


Kins
1 hari
Uinals
20 hari
Tuns
360 hari
K’atuns
7,200 hari
B’ak’tuns
140,000 hari
13 B’ak’tuns
5,125.36 tahun
5,125 tahun
1 Era
5 Era
25,627 tahun


Istilah-istilah seperti "Kins, Uinals" adalah nama bagi menunjukkan masa seperti yang termaktub dalam kalendar mereka. Contohnya 1 Kins bersamaan 1 hari. Merujuk kepada artifak di atas, apabila ditafsir, pada tahun 2012 genaplah 25, 627 tahun.. Pada tahun 2012 juga bumi telah melengkapkan 5 Era. Jadi disinilah diistilahkan sebagai akhir zaman. Menurutnya lagi, selepas bumi melengkapkan 1 Era, maka akan lahir zaman yang baru. Namun apabila lengkap 5 Era, maka tiada lagi zaman atau dunia baru selepas itu...Ini berdasarkan kajian saintifik dan penilitian yang rapi.
Menurut saintis, pada 21 Disember 2012 akan berlaku satu jajaran galaktik yang hanya berlaku setiap 26,000 tahun. Fenomena di mana bumi, matahari akan berkedudukan selari dengan pusat galaksi bima sakti... Saintis percaya apabila berlaku jajaran ini, maka akan berlaku perubahan masa. Inilah apa yang dicari oleh dukun agung kaum Mayan. Dukun Agung Mayan terlalu ghairah dan taksub untuk mengetahui konsep masa. Kita boleh ambil contoh daripada alam dunia dan alam akhirat dimana 1 hari di dunia bersamaan 1000 tahun di Akhirat, manakala masa di dunia dan alam ghaib juga berbeza.

Jadi dukun agung Mayan percaya bahawa dia boleh mengubah masa dengan pengamatan dan kebijaksanaan dalam penerokaan konsep masa. Kita ambil contoh jika bulan bergerak mendekati bumi, maka akan berlaku tarikkan graviti yang boleh menjejaskan putaran bumi dan seterusnya menjejaskan masa.. Begitu juga dengan jajaran galaktik di mana bumi dan matahari selari dengan pusat galaksi. Dipercayai bumi akan berlaku perubahan masa pada ketika itu. Dukun Agung Mayan terlalu obses dengan masa sehingga dia sendiri ingin menjadi tuhan dengan menggunakan masa untuk kepentingan dirinya.

Saintis juga berkata menurut kajiannya bahawa pada tahun tersebut, akan berlaku gangguan di matahari dimana matahari akan menjadi sangat aktif selepas melengkapkan kitaran solar. Ketika itu akan lahir banyak tompok matahari (sunspot),, solar flare manakala di kutub utara dan selatan akan berlaku Aurora yang sangat aktif. Jika ini berlaku, gangguan tersebut bakal menjejaskan satelit dan sistem komunikasi dunia...Tiada internet, telefon, televisyen dan apa-apa yang berkaitan dengan komunikasi.. Bukan itu sahaja, bumi akan berlaku perubahan fizikal di mana banyaknya bencana alam.


Jadi siapakah dukun agung ini ???.... Saya simpulkan disini bahawa dukun agung kaum Mayan yang dianggap misteri, obses dengan masa, yang menggemilangkan tamadun Mayan dengan teknologi dan sains ialah nabi penyelamat palsu.......DAJJAL......

Hadis Nabi SAW : Ketibaannya yang dinanti.....

Daripada Tsauban, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :
"Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaan (negara) kalian. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncul panji-panji (bendera) hitam dari arah timur (khurasan) lantas mereka membunuh kalian dengan satu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum kalian".

Potongan hadis di atas sudah cukup menerangkan masalah yang berlaku dalam dunia hari ini. Jika merujuk kepada negara timur iaitu Khurasan, hari ini kita boleh katakan negara itu adalah negara Afghanistan. Negara yang sedang bergolak dengan peperangan hari ini. Di dalam satu lagi hadis nabi berkata :

"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (bendera kaum syiah) kemudian akan muncul dari khurasan bendera lain yang berwarna hitam, tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih.." hingga beliau berkata : "jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan (6 tahun).
Hari ini Beribu-ribu tentera Amerika dikerahkan ke Afghanistan untuk menyekat Imam Mahdi. Tindakkan Amerika adalah untuk berkumpul di negara ini dan melancarkan perang untuk mencari Imam Mahdi. Seperti yang tertera dalam hadis di atas. Imam Mahdi akan keluar dari Khurasan iaitu Afghanistan dan akan ke Mekah bagi ditabalkan bahawa Al-Mahdi telah zahir. Namun tentera US bertindak untuk mengadakan sekatan.. Inilah sebabnya hari ini Afghanistan sentiasa bergolak.

Jadi nanti, akan berlaku peperangan antara Al-Mahdi dengan tentera US di Afghanistan di mana menyaksikan Amerika kalah. Imam Mahdi akan meneruskan perjalanan ke Mekah dan kemudian para ulama', para aulia Allah dan mereka yang dipilih oleh Allah akan menyaksikan pertabalan Imam Mahdi sudah zahir ke dunia ini di hadapan Kaabah.

Maka setelah selesai majlis pertabalan.. Maka media massa di seluruh dunia mengkhabarkan telah zahirnya Imam Mahdi di dunia.. Dalam berita, surat khabar, majalah dan televisyen semua menyiarkan kemunculan Imam Mahdi ke dunia ini.. Maka ketika inilah segala-galanya bermula...

Tugas kita hari ini tidak perlulah mencari siapa itu Imam Mahdi. Kerja-kerja ini hanya bagi orang-orang yang dipilih Allah sahaja...Tugas kita sekarang ialah berserah kepada Allah dan bersabar menunggu berita dari Arab....Insya-Allah..


Nah ! sekarang saya akan beritahu anda mengenai satu hadis yang pasti akan menggerunkan hati anda...

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Saiyidina Ali bin Abi Thalib, Saiyidina Abu Hurairah, Saiyidina Ibn Abbas. Dia berkata kepada orang-orang disekelilingnya :

"Aku mempunyai maklumat tentang peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka, orang-orang berkata. :Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa, semoga Allah memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : Pada dekad-dekad hijriyah setelah tahun 1300 dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka Allah mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama "hirr" (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka Allah. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus.

Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, orang-orang Arab menyebutnya 'syuja'ul arab' (pemberani orang Arab), Allah menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi, dia tidak mendapat kemenangan. Allah mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Aqso di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam....dan....Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasel, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata Shidam dan dia "Shaddam liman Aradahu" (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya), dunia berkumpul menyerangnya di Kut (kecil) yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikkan di dalam diri Sufyani kecuali dengan islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat Al-Mahdi Al-Amin.

Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga.... akan muncul Al-Mahdi Al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat, (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa Allah boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik Allah, kepada Allah saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya(...) maka Allah melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. Langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan Allah mengizinkan hilangnya semua kekufuran".

Huraian
1) Setelah dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka Allah mengkehendaki peperangan baginya..

Huraiannya ialah, apabila disebutkan beberapa dekad selepas 1300 hijrah, maka betullah seperti yang tercatat dalam hadis tersebut,, pada 1914 atau 1332 hijrah, meletus perang dunia pertama...Maka 2 dekad dan tambahan 2 tahun lagi selepas 1300....Subhanallah...


2) satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama "hirr" (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya

Maka benarlah seperti yang terungkap dalam hadis nabi, 20 tahun kemudian iaitu bersamaan dengan 2 dekad (satu dekad dan satu dekad lagi) Adolf Hitler seorang pemimpin Jerman dan dipanggil dengan gelaran kucing berkuasa di dunia ini ketika peperangan dunia kedua. Hitler juga pengasas kumpulan Nazi...


3) Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga.... akan muncul Al-Mahdi Al-Amin

Dalam hadis di atas tertera dua atau tiga dekad selepas 1400.... Maka hari ini,, sudah 1432 hijrah...bermakna sudah 3 dekad...Maka Imam Mahdi akan turun pada bila-bila masa sahaja....Saya menjangkakan Imam Mahdi akan turun selewat-lewatnya pada 2019 kerana pada tahun tersebut sudah memasuki 1440 Hijrah.... Namun saya percaya ianya mungkin lebih awal, kerana peristiwa-peristiwa sebelum ini pun berlaku lebih awal.. Adakah Imam Mahdi akan turun pada 2012 ? Wallahu'alam...Saya simpulkan, Al-Mahdi akan turun bila-bila masa sahaja bermula dari sekarang....


Kesimpulan....

Jadi disini saya simpulkan dengan ringkas bahawa 2012 bukan kiamat atau kehancuran dunia, tetapi sesuatu fenomena yang digelar fenomena 2012 bakal meletus...Apa yang merangkumi fenomena 2012 ialah seperti peperangan dunia ketiga,, turunnya dan keluarnya Al-Mahdi dan Dajjal serta Nabi Isa as... Namun kita sebagai khalifah Allah hanya boleh mengkaji dan meramal, sebaik-baik pencipta adalah milik Allah SWT,, Tuhan Sekalian Alam....Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...


Wallahu'alam.

2 komentar:

Anonim mengatakan...

Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Rosnida zainab asal Kalimantan Timur, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Tauhid SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL. alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Tauhid SH.MSI SK saya dan 2 teman saya sudah keluar, jadi teman2 jangan pernah putus asah kalau sudah waktunya tuhan pasti kasih jalan, Wassalamu Alaikum Wr Wr ..

Anonim mengatakan...

Videoslots, Videoslots & Vectors in Google Chrome
Watch & interact with millions of people all 유튜브 음원 추출 over the world from around the world with amazing ways to play! We have millions of Vectors,

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger